TAPAI SARAWAK


Senarai Resepi | Posted by WARTA

 

BAHAN-BAHANNYA:

 

900 gm. beras pulut

1 biji ragi

daun palas secukupnya untuk membungkus

lidi kelapa untuk penyepit

 

CARA MEMBUATNYA:

 

Beras pulut dicuci bersih kemudian dikukus sehingga masak.  Setelah itu diangkat ratakan dalam sebuah talam dan disejukkan.

 

Ragi dijemur dulu sebelum dihancur-hancurkan dan taburkan pada pulut yang telah sejuk tadi.

 

Taburkan rata-rata dan basahkan tangan dengan air, gaul rata dan kepalkan bulat-bulat seperti bola kecil.

 

Kemudian bungkuskan dengan daun palas dan kepitkan dengan lidi kelapa.  Buat begini sehingga selesai semuanya.

 

Setelah itu masukkan ke dalam sebuah bekas dan balutkan dengan kain rapat-rapat.  Tiga hari selepas itu bolehlah dimakan.

Back | Next