NASI AYAM |
||
Senarai Resepi | Posted by Tg. Hasniah, Kuala Terengganu.
BAHAN-BAHANNYA:
Ayam dilumor dengan garam dan kunyit. Kemudian dimasukkan dalam loyang. Mayang halis dan letakkan atas ayam kemudian kukus.
KUAH SUP
Mula rebus air dulu bila mendidih masukkan tulang ayam (leher, kaki, kepak). Perlahankan api, setelah mendidih masukkan lobat, rempah 4 beradik (cengkeh, bunga lawng, kulit kayu manis Y buah pelaga) kemudian masukkan garam, aji-nomoto bila nak angkat masukkan daun sup dan lada sulah.
NASI:
Panaskan minyak bersama dengan majrin. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih dan daun pandan bila wangi masukkan dalam periok nasi. Masukkan air + air rebus/kukus (ikut sukatan air beras) dan garam bila menggelegak baru masukkan beras dan halia yang dikukus bersama ayam tadi.
SOS LADA:
Lada hidup, garam dan gula - blend kemudian perah air limau nipis. Bila hendak hidang hiaskan dengan timun, salad dan buah tomato. |