|
Format untuk pencetak |
Baginda
Rasullullah S.A.W berkata:
“‘Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke
dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya
dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu.’’
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
”’Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S.
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
shurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada shurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail A.S.’ Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu orang itu tidak lagi melihat
orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila
Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
’’Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.’’
setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud ‘’Wahai malaikat maut kamu
cabutlah rohnya dari arah lain.’’ Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah
usapan kepada anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan.’’ Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari
arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebeb kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang
alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu.’’ Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
‘’Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran
dan zikir.’’ Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
berkata mata: ‘’Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah.’’ Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada allah
S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: ‘’Wahai malaikatKu,
tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.’’
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan Asma allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah S.W.T. maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu bakar R.A. ‘’Roh itu menuju ketujuh tempat:
Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W.: tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
Orang berpuasa di hari Arafah.