Waktu Berdoa yang Paling Mustajab

Terdapat suatu waktu yang tertentu pada hari Jumaat dimana doa akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.  Abu Hurairah meriwayatkan, "Trdapat pada hari Jumaat satu waktu apabila seseorang hamba muslim mendirikan sembahyang dan berdoa kepada Allah, maka akan diperkenankan permintaannya itu.  Baginda s.a.w. lalu mengisyaratkan dengan tangannya bahawa waktu itu amat singkat."  Dalam menentukan waktu ini ada banyak pendapat dan yang paling terkenal riwayat dari Abi Burdah dalam Sahih Muslim, "Waktunya ialah diantara masa imam duduk di mimbar (antara dua khutbah) sehinggalah imam selesai mengerjakan sembahyang Jumaat."

 

Home | Back | Next