Hukum Berjual Beli Ketika Azan Jumaat

Menurut pendapat jumhur ulama' setelah kedengaran azan yang kedua maka wajiblah segera ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dengan meninggalkan segala urusan dan berjual beli.  Pada pendapat ulama' Hanafi pula mengatakan adalah wajib segera ke masjid setelah mendengar azan yang pertama lagi dengan meninggalkan semua urusan.  Azan yang pertama sebenarnya tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi telah dilakukan pada zaman Saiyidina Othman r.a.

Ulama' Syafie pula mengatakan hukum berjual beli atau apa-apa urusan yang seumpamanya yang dilakukan sebelum seruan azan yang kedua ataupun selepas azan yang pertama adalah makruh.  Dari segi hukum berjual beli ketika azan adakah ianya sah atau tidak, pada pendapat imam Syafie beliau mengatakan hukum jualan ketaka itu adalah sah tetapi haram.  Perintah supaya meninggalkan urusan berjual beli ketika azan bukanlah kerana jual beli tersebut tetapi kerana tidak menghadirkan diri untuk sama-sama mendengar khutbah Jumaat.  Bagi pendapat imam Maliki dan Hambali pula keduanya mengatakan hukum berjual beli tersebut menjadi batal atau tidak sah.

 

Home | Back | Next