BATAL WUDUK
Perkara Yang membatalkan Wuduk bagi Pendapat Imam Maliki
Segala hadas yang keluar melalui dua saluran kemaluan seperti air kencing, najis, angin (kentut, sama ada berbunyi atau tidak), air wadi (iaitu air pekat berwarna putih yang keluar selepas keluarnya air kencing), air mazi (iaitu air yang berwarna putih jernih keluar ketika seseorang itu bernafsu), air hadi (iaitu air yang keluar menerusi faraj perempuan ketika melahirkan anak), darah istihadhah dan air mani lelaki yang keluar dari faraj perempuan sesudah ia mandi.
Hilang akal disebabkan oleh pitam, gila, mabuk, pengsan ataupun tidur yang terlalu nyenyak biarpun sekejap.
Berlaku sentuhan dengan penuh rasa nikmat antara lelaki akil baligh dengan perempuan yang memberahikannya.
Menyentuh kemaluan sendiri dengan perut tapak tangan tanpa alas.
Murtad dan was-was (syak). Syak berada dalam keadaan suci selepas yakin berlakunya hadas ke atas dirinya maka ia juga memtabalkan wuduk.