BATAL WUDUK
Perkara Yang membatalkan Wuduk bagi Pendapat Imam Hanafi
Apa sahaja yang keluar melalui dua saluran kemaluan kecuali angin (kentut) yang keluar melalui qubul dan ianya tidak membatalkan wuduk.
Bersalin sekalipun tiada darah yang keluar, pengsan, pitam, gila dan mabuk.
Najis yang mengalir keluar tetapi bukan melalui kemaluan seperti nanah, muntah dan darah. Darah yang keluar melebihi atau sama banyak dengan air liur juga membatalkan wuduk.
Ketawa dengan suara yang tingi bagi orang yang telah akil baligh.
Bersentuhan antara kemaluan lelaki dengan wanita tanpa alas.
Tidur dalam keadaan mengiring, bersandar ataupun bertongkat dimana punggungnya tidak rapat ke tempat duduk seperti bersandar pada dinding atau tongkat dan jika dibuang sandaran itu ia akan jatuh.