BATAL WUDUK
Perkara Yang membatalakan Wuduk bagi Pendapat Imam Syafie
- Apa sahaja yang keluar melalui dua saluran sama ada melalui qubul atau
dubur kecuali air mani kerana seseorang itu diwajibkan mandi.
- Hilang akal dengan sebab gila, pitam, pengsan ataupun tidur yang tidak
tetap punggungnya.
- Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya
walaupun yang disentuh itu telah mati (mayat), orang yang disentuh dan
penyentuh adalah batal wuduknya. Wuduk tidak terbatal dengan sebab
tersentuh kanak-kanak lelaki ataupun perempuan yang belum baligh dan tidak
memberahikan begitu juga jika tersentuh rambut, kuku atau gigi mahramnya.
- Menyentuh kemaluan sendiri, orang lain ataupun mayat sama ada kemaluan
hadapan ataupun belakang (punggung) dengan perut tapak tangan.
Home |
Back |
Next