¨
Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di
akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu
di dunia.
¨
Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana
sifat ini akan mengeraskan hati.
¨
Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan
membuahkan sifat tamak.
¨
Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya
kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
¨
Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca
kepada sifat kemunafikan.
¨
Ujub dan sombong.
¨
Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang
lain dan berdendam.
¨
Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan
lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan
dosa besar.
¨
Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau
azab dari Allah.
¨
Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini
merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
¨
Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak
pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa
betul.
¨
Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca
timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨
Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api
dari neraka.
¨
Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan
seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh
kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.