i.
Rumah
yang penghuninya sentaisa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.
ii.
Rumah
yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.
iii.
Rumah
yang penghuninya sentaisa bersikap jujur dan memenuhi janji.
iv.
Rumah
yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang
halal sahaja.
v.
Rumah
yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturrahim.
vi.
Rumah
yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua orang tuanya.
vii.
Rumah
yang penghuninya terdiri dari pasangan yang soleh dan solehah serta saling
faham memahami, bekerjasama dan bertolak ansur.
viii.
Rumah
yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan kepada Allah.
ix.
Rumah
yang penghuninya masing-masing dapat menjaga adab serta rahsia.
x.
Rumah
yang penghuninya tidak melakukan atau mengerjakan perkara-perkara yang haram.
xi.
Rumah
yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga dari melakukan perbuatan yang
bid’ah.
xii.
Rumah
yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah.
xiii.
Rumah
yang penghuninya penuh dengan suasana salam dan meminta izin.
xiv.
Rumah
yang penghuninya saling bermaaf-maafan diantara satu sama lain.
xv.
Rumah
yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang
tercela.
xvi.
Rumah
yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada
Allah.