Make your own free website on Tripod.com
 

TAPAI PULUT


Senarai Resepi | Posted by WARTA

 

BAHAN-BAHANNYA:

 

2 cupak beras pulut

2 cawan air

1/2 biji ragi (dihancurkan)

sedikit gula

daun jambu laut/daun getah/daun

pisang dan lidi untuk menyemat

 

CARA MEMBUATNYA:

 

  1. Beras dibersih dan rendam selama 3 jam.  Lepas itu dikukus hingga masak.  Angkat dan jiurs di atasnya dengan 2 cawan air, kemudian kukus sekali lagi hingga masak.

  2. Tuangkan nasi itu ke dalam dulang, talam atau badang.  Biarkan suam-suam kuku.

  3. Ragi tadi digaul dengan sedikit gula, taburlah di atas nasi tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.

  4. Dengan menggunakan sudu makan untuk mengambil nasi tadi, masukkan semuanya dalam daun untuk dibungkus dan sematkan dengan lidi.  Kemudian peramkan dalam bekas yang bertutup selama dua malam.

Back | Next