Make your own free website on Tripod.com
 

NASI HIMPIT


Senarai Resepi | Posted by Tg. Hasniah, Kuala Terengganu.

 

BAHAN-BAHANNYA:

 

1 tin (tin susu) beras

3 tin (tin susu) air

 

  1. Beras dibasuh bersih.  Masukkan air, masaklah sampai kering air.  Kecilkan api seperti masak nasi biasa.

  2. Apabila masak, masukkan ke dalam loyang, penyek-penyekan dengan senduk hinga rata, apabila rata tutup dengan daun pisang, atau tutup dengan sebarang penutup.  Tindih dengan benda berat.  Bila sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

 

BAHAN UNTUK KUAH:

 

Bawang besar 3 labu (kalau suka bawang merah pun boleh tapi banyaklah sikit)

Bawang putih 6 ulas

Halis 1 inci

Cili boh 3 sudu besar (kalau suka merah, bubuhlah banyak sikit)

Kacang jawa (digoreng lepas itu tumbuk)

Serai enam batang (cari batang yang gemok)

Air asam jawa

Manisan (secukup manis)

santan

Garam, aji-Nomoto

 

CARA MEMBUATNYA:

 

  1. Kisar bawang besar atau merah, bawang puteh, halis, serai.

  2. Campur bahan-bahan kisar dengan cili boh dan air asam jawa.

  3. Tumis kesemua bahan tersebut.

  4. Masukkan santan.

  5. Kacang.

  6. Manisan.

  7. Garam.

 

Rasa masam-manis, masin kuah tersebut dan masukan sedikit aji-nomoto.

 

 

Back | Next