Make your own free website on Tripod.com
 

KETUPAT SOTONG BERLEMAK


Senarai Resepi | Posted by WARTA

 

BAHAN-BAHANNYA:

 

15 ekor sotong basah

1 1/4 cawan beras pulut

1 biji kelapa

1 cm. halia

5 ulas bawang merah

1/2 sudu halba

Garam dan gula secukup rasa

15 batang lidi yang dipotong serong panjangnya 2 cm.

 

CARA MEMBUATNYA:

  1. Sotong dibuang kepala dan disiat kulutnya kemudian bersihkan.

  2. Kelapa diperah ambil satu cawan santan pekat dan lima cawan santan cair.

  3. Bersihkan beras pulut, toskan airnya dan rendam ke dalam santan pekat bercampur garam selama 1 1/2 jam.

  4. Isikan pulut yang berendam santan tadi ke dalam badan sotong anggaran setengah badang sotong, sematkan dengan lidi supaya isinya tidak keluar.

  5. Apabila semua sotong sudah berisi pulut, isikan ke dalam periuk dan tuangkan santan cair, masukkan halis, halba, bawang merah, garam dan gula.  Didihkan hingga santan menjadi pekat dan hampir kering.

 

Back | Next