Make your own free website on Tripod.com
 

AYAM KAMPUNG MASAK BEREMPAH


Senarai Resepi | Posted by Pn. Azizah Radzuan, Ampang, Selangor.

 

BAHAN-BAHANNYA:

 

1 ekor ayam dipotong 8 atau 12

1 biji kelapa

50 sen rempah biji

2 sudu jintan manis

2 sudu jintan putih

2 sudu lada hitam

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

2 biji buah keras

3 sudu kerisik

30 tangkai lada kering

5 ulas bawang putih

10 ulas bawang merah

1 batang serai

Sedikit daun limau purut

Garam untuk perasa

 

CARA MEMBUATNYA:

 

  1. Ayam dibersih dan dipanggang separuh masak dahulu.

  2. Bahan-bahan rempah seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam, buah keras dan bunga lawang digoreng dahulu.  Kemudian dimesin halus bersama lada kering, bawang putih, bawang merah dan sedikit belacan.

  3. Ayam bersama bahan-bahan yang dimesin tadi dimasukkan dalam periuk.  Panaskan selama 15 minit.  Kemudian baru masukkan santan.

  4. Bila masakan ini hampir masak, masukkan daun limau purut, serai dan kerisik.  Kacau hingga masak.

 

Copy From : MAJALAH IBUBAPA BIL 28 NOV 1999.

Back | Next