Make your own free website on Tripod.com

ADAB-ADAB SEORANG MUSLIM

 

Adab Membaca al Quran

 

q       Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk.

q       Mengambil dan mengangkat al Quran dengan tangan kanan.

q       Membaca al Quran di tempat yang bersih seperti di rumah, surau atau masjid.  Yang paling mulia dimasjid.

q       Membaca dengan penuh khusyuk dan tenang serta mengadap ke kiblat.

q       Membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan dan bau.

q       Memulakan bacaan dengan membaca ‘Isti’aazah’ kemudian disusuli dengan ‘Bismillah’ serta mambaca Ummul Kitab.

q       Membacanya dengan tertib, tenang serta tidak terlalu cepat.

q       Membacanya dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-ayat yang dibaca serta cuba memahami akan maksudnya.

q       Bacaan hendaklah benar-benar diresapkan di dalam hati terutama pada ayat yang mengisahkan tentang nasib orang-orang yang berdosa dan yang melanggar perintah Allah.

q       Membaca dengan suara yang indah lagi merdu.

q       Tidak diselang-seli dengan perbualan, bermain-main atau ketawa.  Hendaklah diteruskan bacaan hingga ke ayat yang ditentukan barulah disudahi.

 

 

Back to Zaini’s Home