Make your own free website on Tripod.com

ADAB-ADAB SEORANG MUSLIM

 

Adab Di Dalam Masjid

 

       Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa dan bila hendak keluar melangkah dengan kaki kiri sambil membaca doa juga.

       Sebelum duduk tunaikanlah dahulu sembahyang sunat tahiyatul masjid.

       Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu orang-ramai dari memasuki masjid seperti di muka pintu.

       Jangan bermundar-mandir di dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di dalam rumah Allah maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk dan sibukkan diri dengan berzikir dan bertasbih.

       Jangan meninggikan suara di dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al Quran kerana ini akan mengganggu orang lain untuk beribadat.

       Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.

       Pakailah pakaian yang sopan dan bersesuaian tatkala memasuki masjid.

       Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke suatu tempat.

       Jangan menyimpan atau membawa sesuatu yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.

       Jika anda merokok atau memakan bawang janganlah terus masuk ke masjid, seeloknya cuculah dahulu mulut kerana ini akan menggangu keselesaan orang lain disebabkan oleh baunya.

       Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan semasa mendatangi masjid.

        Jangan mengambil atau membawa pulang barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid telah diwakafkan dan ianya untuk kegunaan awam.

 

Back to Zainis Home