Teknik mengangkat barang

PERNAHKAH anda berasa sakit belakang setelah selesai mengangkat barang berat?  Jika pernah, ini bermakna cara yang dilakukan tidak betul hingga menyebabkan kesakitan pada pinggang dan lekakang.

 

Wanita perlu menjaga kesihatan terutama tulang belakang ketika mengangkat benda berat.  Panduan berikut mungkin dapat membantu anda.

 

    Cara betul ketika mengangkat barang:

 

  • Pakai kasut yang stabil dan selesa, bukannya sandal, selipar atau kasut tumit tinggi.

  • Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.

  • Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.

  • Pastikan belakang anda tegak.

  • Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.

  • Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.

  • Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.

  • Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.
  • Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.
  •     Cara salah atau perlu dielakkan:

  • Jangan angkat barang yang terlalu berat.
  • Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.
  • Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.
  • jangan angkat berat melebihi kepala.
  • Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak.
  • Agihkan berat beban.  Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.
  • Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.
  • Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.
  •  

    Dipetik dari

    HARIAN METRO, SELASA, 31 JULAI 2001.