SENSITIF, MARAH AJAKAN DITOLAK

Berbanding wanita, fikiran lelaki lebih banyak diisi dengan persoalan seks

 

SUASANA hubungan antara pasangan banyak bergantung kepada tolak ansur dan rasional dalam memenuhi permintaan antara pasangan.  Ia sebenarnya memerlukan pendekatan bijak untuk mengatasinya.

Sebagai suami isteri, hubungan Azman dan Halimah sangat baik.  Mereka saling memahami dan mengerti perasaan masing-masing, termasuk dalam hubungan kelamin antara mereka.

Untuk menghangatkan suasana hubungan dengan Halimah, Azman lebih banyak mengambil inisiatif menceriakannya.  Sebagai lelaki, Azman memang kelihatan agresif, pelbagai eksperimen dilakukan untuk membahagiakan isterinya.

Namun, tidak selamanya keinginan Azman sehaluan dengan keadaan psikologi Halimah.  Apabila Halimah tidak mempunyai mood, dia menolak melakukan hubungan.

Halimah sangat menyintai Azman, walaupun dirinya hilang perasaan ghairah dan mood, hasrat suaminya itu sepatutnya tidak ditolak.  Yang menjadi masalah kepaa Halimah ialah Azman berasa terhina dan berkecil hati apabila hasratnya itu tidak tertunai.

Secara rasional, Azman boleh menerima alasan dikemukakan Halimah.  Hubungan dilakukan tanpa menyedari mood baik sebenarnya suatu yang sia-sia.

Walaupun akal boleh menerima kenyataan berkenaan, tetapi secara emosional Azman seperti lelaki lain berasa terluka dan kecewa dengan penolakan isterinya.

Bagi lelaki, penolakan hubungan kelamin adalah keadaan paling sensitif sehingga boleh melukakan perasaannya.  Secara ilmiah lelaki lebih tertarik dengan hubungan yang diwujudkan dalam keadaan mesra.

Dibandingkan dengan wanita, fikiran lelaki lebih banyak diisi dengan persoalan seks sehingga keinginan untuk bercinta semakin besar.  apabila mereka tidak menikmati apa diinginkan, mereka berasa diri ditolak pasangan.

Seorang pakar seksologi menyatakan, lelaki berasa bahagia apabila hasrat seksnya sedang berkembang.  Hatinya berbunga-bunga dipenuhi impian indah untuk melakukannya.

Suasana seperti itu sangat sensitif atau antiklimaks apabila ajakan ditolak pasangan.  Hatinya berasa pedih, walau akalnya boleh menerima kenyataan.

Lebih parah apabila hasrat seksnya terus mendesak sementara permintaannya terus ditolak pasangan.

apabila keadaan itu berlaku kepada lelaki, dia mungkin marah-marah tanpa mengetahui sebab.

Dalam beberapa kes, lelaki yang berasa ditolak mengalihkan hasrat seksualnya kepada pilihan lain, biasanya dengan melepaskannya kepada wanita lain yang tidak dicintai.

Walaupun wanita itu dalam khayalan yang tidak mungkin menolak permintaannya.  Dengan demikian mereka tidak mengalami risiko menyedihkan, ditolak dalam melakukan hubungan kelamin.

Apa yang harus dilakukan lelaki ialah menghindari perasaan ditolak.

Apabila mereka tidak tahu cara menghindari perasaan berkenaan ia boleh memberi kesan terhadap tertariknya terhadap pasangan.

Sedangkan, kehilangan rasa tertarik itu bukan pilihan bagi mereka tetapi memberikan reaksi serta merta terhadap psikologinya.

 

 

 

 

Dipetik dari:

HARIAN METRO, KHAMIS, 10 MEI 2001

back to News