SUNAT & MAKRUH SEMBAHYANG
Sunat Sembahyang
![]() |
Mengangkat kedua belah tangan ketika takbiratul iharm, ketika rukuk, ketika 'iktidal dan ketika bangun dari sujud. |
![]() |
Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri diantara dada dengan pusat dan memegangnya. |
![]() |
Sentiasa memandang ke tempat sujud dan tidak mengalihkan pandangannya ke arah lain. |
![]() |
Membaca doa iftitah. |
![]() |
Membaca a'uzubillah. |
![]() |
Membaca fatihah dan surah dengan suara yang nyaring pada 2 rakaat yang pertama seperti pada sembahyang Jumaat, Maghrib, Isyak, Subuh dan dua hari raya. |
![]() |
Membaca Ta'min iaitu bacaan 'amin' selepas imam selesai membaca fatihah pada 2 rakaat yang pertama. |
![]() |
Mambaca surah selepas bacaan fatihah. |
![]() |
Mambaca takbir ketika rukuk dan membaca tahmid ketika bangun dari rukuk. |
![]() |
Membaca tasbih ketika rukuk. |
![]() |
Membaca tasbih ketika sujud. |
![]() |
Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan semua anak jari semasa duduk antara dua sujud. |
![]() |
Duduk 'iftiraasyi' iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dengan menegakkan tapak kaki kanan pada semua duduk. |
![]() |
Duduk 'tawarruk' iaitu duduk pada tahiyat akhir dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dan punggungnya di letakkan di atas lantai sedang kaki kanannya diletakkan secara menegak. |
![]() |
Memberi salam yang kedua. |