Kita
sembahyang lima waktu sehari semalam tahukah kita setiap perbuatan yang kita
lakukan semasa sembahyang sebenarnya ada rahsia disebaliknya.
Antara rahsianya:
Niat Sembahyang:- sebenarnya memeliharakan
taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri Betul:- Fadilatnya ketika mati
dapat meluaskan tempat kita didalam kubur.
Takbiratul Ihram:- Fadilatnya sebagai
pelita yang menerangi kita didalam kubur.
Fatihah:- Sebagai pakaian yang indah-indah
didalam kubur.
Rukuk:- Sebagai tikar kita didalam kubur.
Iktidal:- Akan memberi minuman air dari
telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
Sujud:- Memagar kita ketika menyeberangai
titian sirotulmustaqim.
Duduk Antara Dua Sujud:- Akan menaung
panji-panji nabi kita didalam kubur.
Duduk Antara Dua Sujud (Akhir):- Menjadi
kenderaan ketika kita di padang masyar.
Tahiyat Akhir:- Sebagai penjawab bagi
setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur.
Selawat Nabi:- Sebagai pendinding api
neraka didalam kubur.
Salam:- Memelihara kita didalam kubur.
Tertib:- Akan pertemuan kita dengan Allah.
Home | Biodata | Link | Islam | Berita | Petua | Resepi