Khutbah Jumaat
Para fuqaha' sependapat mengatakan khutbah Jumaat adalah syarat sah berjumaat dan ianya mengandungi dua khutbah yang dibacakan sebelum sembahyang tetapi mereka telah berselisih pendapat tentang syarat-syaratnya.
Pada pendapat Imam Syafie beliau mengatakan khutbah Jumaat mengandungi 5 rukun iaitu,
Membaca puji-pujian kepada Allah dengan menyebut Alhamdulillah.
Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Berwasiat atau berpesan kepada ahli jemaah sekalian supaya bertakwa kepada Allah.
Membaca sepotong ayat Al Quran bersama-sama dengan penjelasannya pada salah satu daripada dua khutbah.
Berdoa untuk seluruh kaum meslumin dan muslimat bagi kebaikan akhirat pada khutbah yang kedua.