Musafir Pada Hari Jumat

Ulama' Syafie dan Hambali mengatakan adalah diharamkan ke atas sesiapa yang diwajibkan sembahyang Jumaat dari memulakan musafir sebelum dan setelah matahari melewati garisan tengah langit (setelah gelincir matahari).  Walau bagaimanapun mereka tetap dikecualikan jika berkeyakinan dan mampu untuk menunaikan sembahyang Jumaat di dalam perjalanannya.  Imam Syafie juga mengatakan adalah makruh jika memulakan musafir pada malam Jumaat.

Larangan ini merupakan satu amaran yang menunjukkan tidak harusnya bermusafir pada masa-masa tersebut kerana sembahyang Jumaat telah diwajibkan ke atas setiap mukallaf yang akil baligh, maka mereka tidak lagi boleh menumpukan kepada perkara-perkara yang dilarang seperti hiburan atau lain-lain urusan yang tidak diharuskan oleh syara'.  Dalil bagi hujah mereka ini berdasarkan kepada riwayat Ibnu Umar, bersabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang bermusafir dari tempat yang didirikan sembahyang Jumaat, malaikat akan mendoakan keburukan baginya, ia tidak akan menemaninya dan tidak akan menolongnya bagi menunaikan keperluannya."

 

Home | Back |