Sunat-sunat Khutbah

  1. Membaca khutbah di atas mimbar dan disunatkan mimbar itu terletak di sebalah kanan mihrab iaitu sebelah kanan tempat imam sembahyang.

  2. Duduk seketika di atas mimbar sebelum memulakan khutbah.

  3. Orang ramai disunatkan menghadap muka ke arah khatib dengan mendengar segala isi kandungan khutbah secara teliti serta tidak menolehkan muka ke kanan dan kiri.

  4. Khatib disunatkan memberi salam kepada orang ramai setelah berada di atas mimbar.

  5. Memulakan khutbah dengan memuji-muji Allah serta brsyukur kepadaNya, mengucap dua kalimah syahadah serta berselawat ke atas Nabi s.a.w.

  6. Memperdengarkan khutbah dengan suara yang tinggi, nyaring dan kuat supaya dapat didengari oleh semua hadirin yang hadir.

  7. Khatib disunatkan memegang pada sebatang tongkat atau sebilah pedang ataupun pada busur anak panah dengan tangan kirinya ketika berdiri berkhutbah.

  8. Menurut jumhur ulama' sunat memendekkan kedua-dua khutbah dimana khutbah yang kedua lebih pendek dari khutbah yang pertama.

  9. Setelah khatib selesai berkhutbah disunatkan segera turun ke mihrab untuk menunaikan sembahyang supaya tidak terputus perturutan antara khutbah dengan sembahyang.

 

Home | Back | Next