BATAL WUDUK

Perkara Yang Tidak Membatalkan Wuduk Bagi Pendapat Imam Maliki

  1. Wuduk tidak terbatal dengan sebab keluar sesuatu yang luar biasa (tidak semena-mena) seperti nanah, darah, ulat atau sebagainya.  Demikian juga sesuatu yang keluar bukan dari saluran yang biasa seperti keluarnya air kencing menerusi dubur.  Keluarnya air mani tanpa perasaan nikmat sama sekali seperti disebabkan terlalu menggaru kegatalan di badannya ataupun digoncang oleh binatang tunggangan lalu keluar air maninya.  Tetapi jika air mani yang keluar itu dengan penuh rasa kenikmatan disebabkan oleh jimak, khayalan ataupun sentuhan yang memberahikan maka ia diwajibkan mandi.

  2. Wuduk juga tidak batal jika berlaku hadas melalui saluran atas usus yang disebabkan oleh saluran asal dua kemaluan telah tersumbat tetapi jika berlaku hadas di bawah dari saluran asal usus maka wuduknya akan batal.

  Home | Back | Next