Ø Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil
membaca doa dan bila hendak keluar melangkah dengan kaki kiri sambil membaca
doa juga.
Ø
Sebelum duduk tunaikanlah dahulu
sembahyang sunat tahiyatul masjid.
Ø Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu
orang-ramai dari memasuki masjid seperti di muka pintu.
Ø
Jangan bermundar-mandir di dalam
masjid, ingatlah anda sedang berada di dalam rumah Allah maka duduklah dengan
penuh perasaan tawaduk dan sibukkan diri dengan berzikir dan bertasbih.
Ø
Jangan meninggikan suara di dalam
masjid sama ada berzikir atau membaca al Quran kerana ini akan mengganggu orang
lain untuk beribadat.
Ø Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal-hal
keduniaan.
Ø Pakailah pakaian yang sopan dan bersesuaian tatkala
memasuki masjid.
Ø Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk
menuju ke suatu tempat.
Ø Jangan menyimpan atau membawa sesuatu yang berbau busuk
masuk ke dalam masjid.
Ø
Jika anda merokok atau memakan bawang
janganlah terus masuk ke masjid, seeloknya cuculah dahulu mulut kerana ini akan
menggangu keselesaan orang lain disebabkan oleh baunya.
Ø Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan semasa mendatangi
masjid.
Ø
Jangan mengambil atau membawa pulang barang
kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid telah
diwakafkan dan ianya untuk kegunaan awam.