ADAB-ADAB SEORANG MUSLIM

 

Adab Makan

 

¨      Membaca Bismillah dan doa ketika mula hendak makan.

¨      Membersihkan tangan, makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan.

¨      Makanlah dengan penuh perasaan tawaduk dan jangan makan dengan gaya yang angkuh dan sombong.

¨      Sunat makan secara berjemaah atau bersama keluarga kerana banyak keberkatan yang terkandung di dalamnya.

¨      Makanlah makanan yang ada di hadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan yang lain.

¨      Jika makanan yang ada itu sedikit sedangkan tetamu ramai maka janganlah makan sampai terlalu kenyang.

¨      Ketika makan janganlah terlalu banyak bercakap atau bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa jijik dan loya.

¨      Jika ada butiran makanan yang jatuh maka kutiplah, makanan adalah nikmat dari Allah maka muliakanlah.

¨      Jika anda terpaksa meninggalkan majlis makan dengan lebih awal maka segeralah minta keuzuran.

¨      Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkan dengan sisa-sisa makanan, setelah itu hisaplah sisa makanan yang berada di jari anda pula.

¨      Setelah majlis makan itu selesai maka ucapkanlah ‘Alhamdulillah’ kepada Tuhan yang telah memurahkan rezekiNya kepada kita.

 

Back to Zaini’s Home