·
Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak para tetamu supaya makan dan
minum kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang.
·
Sekiranya kita ingin menambah makanan, kita dilarang dari mengalih bekas
makanan yang sedia ada, sebaiknya bawalah makanan itu di dalam bekas yang lain.
·
Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang ramah tamah kepada tetamu dan
layanlah mereka dengan sebaik yang mungkin.
·
Apabila tetamu meminta izin untuk pulang kita disunatkan mengiring
mereka hingga ke muka pintu.
·
Biarlah tetamu berada dalam keadaan selesa, elakkan dari sentiasa
berada di sisi mereka sambil melihat gelagatnya sama ada ketika makan dan
sebagainya.
·
Elakkan dari keluar untuk membeli sesuatu dengan meninggalkan mereka di
rumah, hidanglah sekadar apa yang ada di rumah.
·
Setelah menghidangkan makanan janganlah membiarkan mereka begitu
sahaja, berilah perhatian bagi memastikan segalanya memuaskan.
·
Jika kita dikunjungi oleh dua orang tetamu maka pastikan layanan yang diberikan
adalah adil.