§
Apabila keduanya
memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
§
Anak dilarang
memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
§
Bercakaplah dengan keduanya
dengan gelaran yang mulia.
§
Anak mestilah
berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya
atau berlaku biadap.
§
Sentiasa merendahkan
suara bila bercakap dengan keduanya.
§
Bila keduanya
menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh
taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat.
Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh
rasa hormat dan meminta maaf.
§
Bila berjalan bersama
mereka maka anak harus berada di belakangnya.
§
Bila keduanya
memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat
walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
§
Sentiasa merendah
diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
§
Bila anda hendak
keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
§
Jangan memasuki bilik
tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
§
Bila keduanya
memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan
jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya. Menahan diri dengan berdoa dan sabar adalah
lebih baik.
§
Bila ibu bapa
memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
§
Bila ibu bapa
memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
§
Setiap kali anda
membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas
keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
§
Jika anda sedang
solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan
sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
§
Anak mestilah rela
terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
§
Jangan terlalu
melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
§
Setiap kali berdoa
anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan
berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
§
Sekiranya keduanya
telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah
hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap
sahabat-sahabat keduanya.
§
Jika mereka ada
meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.