Make your own free website on Tripod.com
 

SAMBAL TEMPOYAK BERDAGING


Senarai Resepi | Posted by Pn. Azizah Radzuan, Ampang, Selangor.

 

BAHAN-BAHANNYA:

 

1/2 kilo daging dihiris halus

2 senduk tempoyak

3 inci kunyit

6 batng serai

12 helai daun pucuk ubi

2 papan petai

3 helai pucuk labu

1/2 biji kelapa - ambil santan pekat

10 tangkai cili api        }

20 tangkai cili kering   }  dimesin

5 ulas bawang merah   }

3 ulas bawang putih     }

Sedikit belacan jika suka

 

CARA MEMBUATNYA:

 

  1. Daun-daun dihiris halus.  Daun pucuk ubi dibuang air hijau dahulu.  Kemudian masukkan dalam periuk bersama tempoyak.  Gaulkan sebati.

  2. Masukkan cili bersama bahan-bahan yang dikisar tadi.  Masukkan sekali santan pekat.  Masukkan juga daging dan petai tadi.  Kacau hingga masak.

 

 

Copy From : MAJALAH IBUBAPA BIL 28 NOV 1999.

Back | Next