Make your own free website on Tripod.com
 

BUBUR LAMBUK


Senarai Resepi | Posted by WARTA

 

BAHAN-BAHANNYA:

4 gelas beras

1 ikat daun pucuk midin / pucuk paku merah

1 ikat daun cekur manis

15 helai daun kadun

4 helai daun ulat bulu / daun kaduk / daun ubi kayu

5 tangkai daun kesum

6 batang serai

2 biji kelapa

   (1/2 untuk buat kerisik - 1/2 untuk buat santan)

20 ulas bawang merah

2 inci halia

1 sudu besar lada hitam

1/2 cawan kicap

15 ekor ikan selayang garam, gula dan serbuk perasa.

 

CARA MEMBUATNYA:

  1. Semua daun-daun dibersih dan dipakai.

  2. Ikan direbus, ambil isinya dan dihancurkan.

  3. Bawang merah, halia dan lada hitam ditumbuk hingga lumat.

  4. Beras dibersih dan direbus hingga kembang.  Masukkan kerisik dan kacau hingga rata dan masukkan bahan rempah yang ditumbuk tadi dan kacau hingga rata.

  5. Serai diketuk-ketuk dan masukkan ke dalamnya (beras).

  6. Apabila semua sudah bergaul, masukkan semua daun-daun tadi dan balik-balikkan hingga rata.

  7. Bila daun-daun sudah agak layu, masukkan santan hingga tenggelam.  Kemudian masukkan ikan, garam, kicap, gula dan serbuk perasa.  Masaklah hingga mendidih.

Back | Next