Make your own free website on Tripod.com

SUNAT & MAKRUH SEMBAHYANG

Sunat Sembahyang

Mengangkat kedua belah tangan ketika takbiratul iharm, ketika rukuk, ketika 'iktidal dan ketika bangun dari sujud.
Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri diantara dada dengan pusat dan memegangnya.
Sentiasa memandang ke tempat sujud dan tidak mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Membaca doa iftitah.
Membaca a'uzubillah.
Membaca fatihah dan surah dengan suara yang nyaring pada 2 rakaat yang pertama seperti pada sembahyang Jumaat, Maghrib, Isyak, Subuh dan dua hari raya.
Membaca Ta'min iaitu bacaan 'amin' selepas imam selesai membaca fatihah pada 2 rakaat yang pertama.
Mambaca surah selepas bacaan fatihah.
Mambaca takbir ketika rukuk dan membaca tahmid ketika bangun dari rukuk.
Membaca tasbih ketika rukuk.
Membaca tasbih ketika sujud.
Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan semua anak jari semasa duduk antara dua sujud.
Duduk 'iftiraasyi' iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dengan menegakkan tapak kaki kanan pada semua duduk.
Duduk 'tawarruk' iaitu duduk pada tahiyat akhir dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dan punggungnya di letakkan di atas lantai sedang kaki kanannya diletakkan secara menegak.
Memberi salam yang kedua.