ASAS KERUKUNAN ISLAM
Rukun Iman - 6 Perkara
1. Beriman Kepada Allah Dengan Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t. |
|
2. Beriman Kepada Malaikat Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah Allah. Secara positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan oleh Allah. |
|
3. Beriman Kepada Kitab Dengan beriman kepada kita suci kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini diakhiri dengan kitab suci al-Quran. |
|
4. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul Dengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai adanya manusia polihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. |
|
5. Beriman Kepada Hari Kiamat Dengan iman kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka. |
|
6. Beriman Kepada Qada Dan Qadar Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya. |