Make your own free website on Tripod.com

SUNAT & MAKRUH SEMBAHYANG

Makruh Sembahyang

Meninggalkan yang sunat.
Memalingkan muka ke kanan dan kiri.
Memandang dan mengangkat muka ke atas.
menyapu pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud kecuali perbuatan itu dilakukan hanya sekali dalam keadaan terpaksa.
meludah ke kanan atau ke hadapan sebaliknya hendaklah meludah ke kiri atau ke bawah tapak kaki kirinya (jika sembahyang berseorangan dan tidak dilakukan di dalam masjid).
Memberi isyarat yang tertentu dengan tangannya kecuali isyarat menjawab salam atau untuk menegur imam.
Sembahyang dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar atau menahan lapar.
Memandang kepada sesuatu yang melalaikan yang terletak di hadapan seperti gambar, lukisan, perhiasan dan sebagainya.
Menurunkan kain hingga mencecah ke lantai serta menutupi kedua buku lali (bagi lelaki).
Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan mengantuk.
Membunyikan ruas-ruas tangan, jari atau leher.
Membuka mulut ketika menguap.  Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Menguap dalam sembahyang adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang dari kamu menguap maka hendaklah berusaha menahannya (dari membuka mulut yang lebar).
Bacaan surah pada rakaat kedua lebih panjang dari rakaat pertama.