Make your own free website on Tripod.com

LANGKAH-LANGKAH MEMBAIKI IMAN

 

Caranya…

 

·          Bersihkan rumah dari setiap perhiasan yang menyerupai patung-patung dan berhala.

·          Banyakkan bergaul dengan orang-orang yang soleh dan melibatkan diri dengan majlis-majlis ilmu.

·          Mudah untuk memberikan kemaafan di atas kesalahan orang lain terhadap kita.

·          Bila berada dalam keadaan marah janganlah berlebih-lebihan, ingatlah sifat marah itu adalah berasal dari syaitan.

·          Banyak mengerjakan sembahyang berjemaah terutamanya di masjid.

·          Banyakkan berdoa, berzikir dan bertahmid kepada Allah.

·          Banyakkan beristighfar dan memohon taubat kepada Allah.

·          Cintailah seseorang tetapi dengan tidak berlebih-lebihan.

·          Hargailah setiap pemberian dan hadiah dari orang lain kepada kita.

·          Jangan terlalu tamak pada harta.

·          Jangan terlalu bercita-cita tinggi terhadap sesuatu kedudukan.

·          Jangan berkeinginan terlalu tinggi melebihi dari kemampuan diri.

·          Tidak merasa goyah kerana sesuatu fitnah yang dilemparkan.

·          Jangan mencampuri harta yang halal dengan harta yang haram.

·          Jangan mempunyai musuh kecuali iblis dan syaitan.

·          Jangan bersikap sombong, takabur, angkuh dan besar kepala.

·          Jangan terlalu takut kepada kemiskinan dan kesusahan.

·          Jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain terhina.

·          Jangan cepat percaya kepada berita buruk mengenai sahabat kita sebelum diperiksa akan kebenarannya.

·          Jangan melengah-lengahkan tanggungjawab dan kewajipan.

·          Jangan terlalu banyak membuat hutang.

·          Jangan terlalu mudah membuat janji tetapi tidak menunaikannya.

·          Jangan menyimpan dendam dan berkeinginan untuk membalas kejahatan dengan kejahatan.

·          Jangan menyimpan benci terhadap orang yang membenci kepada kita.

·          Jangan membiasakan diri berkata dusta dan berbohong.

·          Jangan membuka aib orang lain.

·          Jangan bersedih kerana miskin dan jangan bersikap sombong kerana kaya.

·          Jangan menghabiskan waktu untuk sekadar mendapat hiburan dan kesenangan yang melalaikan.

·         Jangan ada rasa takut kecuali kepada Allah.

 

Ini adalah sebahagian cara-cara membaiki iman…

 

 

 

Back to Zaini’s Home