Tempat menunaikan Sembahyang Jumaat

Ulama' Syafie menetapkan tempat untuk didirikan sembahyang Jumaat itu mestilah di 'khittah' sama ada di pekan atau kempung.  Yang dimaksudkan dengan Khittah ialah suatu tempat atau tapak atau tanah yang telah ditandakan untuk didirikan binaan atau rumah atau bangunan yang tetap dan di dalamnya dapat dikumpulkan orang ramai bagi mendirikan sembahyang.  Bagi penduduk yang tinggal di dalam khemah-khemah pula mereka ini dikecualikan dari sembahyang Jumaat sekalipun mereka adalah penduduk tetap pada sesuatu tempat seperti penduduk dipadang pasir.

Ini adalah kerana mereka berada dalam keadaan seperti orang yang hendak bermusafir atau bersedia hendak berpindah lagi dan tidak mempunyai rumah atau binaan atau bangunan sebagai tempat tinggal yang tetap.  Pada zaman Rasulullah s.a.w. dahulu qabilah-qabilah Arab yang tinggal di khemah-khemah di pinggir Madinah tidak menunaikan sembahyang Jumaat dan Rasulullah sendiri pun tidak pernah menyuruh mereka untuk mendirikannya.

 

Home | Back | Next