Hukum Sembahyang Jumaat

Sembahyang Jumaat adalah Fardu Ain ke atas setiap orang lelaki Islam yang telah sempurna syarat-syaratnya.  Sesiapa yang mengingkari hukumnya akan menjadi kafir.  Sembahyang Jumaat mula difardukan di Mekah sebelum Hijrah seperti yang diriwayatkan oleh Al Daruqutni dari Abbas r.a. katanya, "diizinkan kepada Rasulullah s.a.w. menunaikan sembahyang Jumaat sebelum baginda berhijrah ke Madinah tetapi baginda tidak mampu menghimpunkan orang ramai di Mekah lalu baginda menulis kepada Musa'ab b. 'Umair yang berbunyi,

"Adapun selepas dari ini hendaklah kamu meneliti hari orang-orang Yahudi membaca kitab Zabur pada hari Sabtu mereka, maka hendaklah kamu menghimpunkan kaum wanita dan anak-anak kamu pada hari Jumaat.  Apabila matahari telah melintasi garisan tengah langit pada hari tersebut maka hendaklah kamu mendekati Allah dengan menunaikan sembahyang dua rakaat."  Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Jumaat ialah Musa'ab b. 'Umair sementara itu As'ad b. zurah pula bertugas menghimpunkan orangramai.

Firman Allah s.w.t. dalam al Quran, "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkan berjual beli pada saat itu...(al Jumu'ah 9)

 

Home | Back | Next