Make your own free website on Tripod.com

ADAB-ADAB SEORANG MUSLIM

 

Adab Tetamu

 

§         Kita hendaklah segera memberitahu kepada tuan rumah sekiranya kita tidak mahu makan sebelum makanan dihidangkan.

§         Tuan rumah mesti diberitahu kemana kita pergi supaya tidak tercari-cari ketika makananhampir disediakan.

§         Kita dilarang dari meminta sesuatu kepada tuan rumah kerana dikhuatiri ia tidak dapat memenuhi permintaan kita dan ini akan memalukan mereka.

§         Kita dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan kita diperlukan.

§         Apabila inginkan sesuatu kepada tuan rumah hendaklah dengan cara yang sopan dan jangan terlalu mendesak.

§         Sewaktu menikmati hidangan hendaklah ditinggalkan sedikit di dalam bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak cukup dan ini akan memalukan tuan rumah.

§         Kita ditegah dari memberikan makanan kepada peminta sedekah atau orang lain daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah kecuali dengan izinnya.

 

Back to Zaini’s Home