Make your own free website on Tripod.com

ADAB-ADAB SEORANG MUSLIM

 

Adab Tuan Rumah

 

        Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak para tetamu supaya makan dan minum kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang.

        Sekiranya kita ingin menambah makanan, kita dilarang dari mengalih bekas makanan yang sedia ada, sebaiknya bawalah makanan itu di dalam bekas yang lain.

        Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang ramah tamah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik yang mungkin.

        Apabila tetamu meminta izin untuk pulang kita disunatkan mengiring mereka hingga ke muka pintu.

        Biarlah tetamu berada dalam keadaan selesa, elakkan dari sentiasa berada di sisi mereka sambil melihat gelagatnya sama ada ketika makan dan sebagainya.

        Elakkan dari keluar untuk membeli sesuatu dengan meninggalkan mereka di rumah, hidanglah sekadar apa yang ada di rumah.

        Setelah menghidangkan makanan janganlah membiarkan mereka begitu sahaja, berilah perhatian bagi memastikan segalanya memuaskan.

        Jika kita dikunjungi oleh dua orang tetamu maka pastikan layanan yang diberikan adalah adil.

 

Back to Zainiís Home

 

††