ADAB-ADAB SEORANG MUSLIM

 

Adab Berjiran

 

      i.        Dikira berjiran itu bermula dari 40 buah rumah ke hadapan, belakang, kiri dan kanan.

     ii.        Mendahulukan memberi salam bila bertemu.

   iii.        Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya atau peribadinya.

   iv.        Segera menziarahinya bila mendengar ia jatuh sakit.

    v.        Menerima undangannya bila ada majlis kesyukuran atau keramaian.

   vi.        Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada di dalam kesusahan.

 vii.        Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan.

viii.        Tidak mudah percaya dengan kata fitnah terhadap mereka.

   ix.        Memberi tunjuk ajar, teguran dan nasihat dalam urusan agama mahupun dunia sekadar yang mampu jika diminta.

    x.        Bercakap dengan lemah lembut, menjaga akhlak dan tatatusila.

   xi.        Tidak menyinggung perasaannya dengan sesuatu perbuatan atau percakapan.

 xii.        Sekiranya berlaku permasalahan antara anak-anak, ibu bapa jangan menyebelahi anak masing-masing tetapi carilah jalan penyelesaian yang baik.

 

Back to Zaini’s Home