Make your own free website on Tripod.com

ADAB-ADAB SEORANG MUSLIM

 

Adab Berjanji

 

      i.        Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat untuk tidak menunaikan janji itu.

     ii.        Jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram ataupun melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.

   iii.        Jangan membuat janji sekiranya anda dalam keadaan tergesa-gesa.

   iv.        Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah, jangan sesekali melangari janji tersebut tanpa alasan yang kukuh.

    v.        Jika kita berjanji dengan anak-anak untuk memberinya sesuatu maka janji itu wajib ditunaikan.  Abdullah b. Amir meriwayatkan semasa beliau masih kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu.  Rasulullah yang kebetulan berada di situ terus bertanya, “Apa yang kamu niatkan untuk diberikan kepadanya?” Jawab ibu Amir, “Sedikit buah tamar.”  Sabda Rasulullah, “Sekiranya kamu tidak memberikan kepadanya maka dosa berjanji dusta akan dicatitkan untukmu.”

 

Back to Zaini’s Home