Make your own free website on Tripod.com

 

Empat faktor rumah tangga bahagia

RAMAI pakar menyatakan hubungan kelamin sebagai satu daripada faktor yang menentukan kebahagiaan sebuah perkahwinan supaya terus bertahan lama serta bahagian.

Bagaimanapun, hubungan itu hanya satu daripada faktor yang saling berkaitan dalam membentuk rantaian keharmonian sebuah perkahwinan.

Pakar psikologi, Dr anton Indracaya dari Indonesia dalam kajiannya menyatakan ada empat faktor yang berperanan penting menentukan kebahagiaan sesebuah perkahwinan, iaitu:

  • Pemilihan pasangan.  Kekeliruan dalam memilih pasangan memberikan kesan jangka panjang dalam perkahwinan.  Bayangkan, anda akan hidup bersamanya sepanjang hayat.  apabila anda tidak menyukainya, maka keghairahan seksual akan berkurangan, malah boleh mengganggu keharmonian rumah tangga.

 

Oleh itu, berhati-hati dalam memilih pasangan hidup kerana pengaruhnya sangat luar biasa.  Pilihlah pasangan yang sesuai dan mempu memberikan kebahagian terhadap diri.
  • Kehidupan seksual.  Ia mempunyai pengaruh besar terhadap kebahagiaan perkahwinan.  Kehidupan seksual yang kurang harmoni boleh memberi kesan sehingga memusnahkan perkahwinan.

Apabila berlakunya kehidupan seksual ia memerlukan hubungan yang harmoni antara pasangan.  Apabila berlakunya kedinginan dalam hubungan berkenaan ia memberikan kesan besar terhadap perjalanan perkahwinan.

Kehidupan seksual yang harmoni mempunyai peranan besar menciptakan kebahagian perkahwinan.

 

  • Keadaan sosial dan ekonomi.  Ia khas kepada individu yang tidak boleh bersandarkan cinta semata-mata.  Bagi mereka tanpa didukung dengan sosial dan ekonomi yang memadai, maka kelangsungan perkahwinan terganggu.
  • Hubungan dengan lingkungan.  Manusia adalah makhluk sosial yang tetap memerlukan kehadiran orang lain dalam hidupnya.  Mereka tidak boleh hidup sendirian hingga memerlukan hubungan baik dengan masyarakat di sekitarnya.

Selain masyarakat sekitarnya, hubungan dengan anggota keluarga lain harus dijaga dengan baik.  Apabila tidak wujud suasana berkenaan sesebuah perkahwinan pastinya menjadi sesuatu yang membosankan tanpa dokongan dan sokongan persekitarannya.

 

 

Dipetik dari:

HARIAN METRO, KHAMIS, 10 MEI 2001.

                                                                                                 BACK TO PETUA